Maksud yang mengikat kepada istilah Common_law

Terdapat tiga maksud yang mengikat kepada istilah ini:

  • Common law sebagai berlawanan dengan undang-undang akta dan undang-undang regulasi: Satu maksud adalah untuk membezakan dengan satu pihak kuasa yang menguatkuasakan sesuatu undang-undang: sebagai contoh, Malaysia sentiasa mempunyai akta yang diluluskan perundangan, "regulasi" (atau "peraturan") yang dikuatkuasakan cabang eksekutif yang dibenarkan perundangan, dan "common law" (juga dikenali sebagai "undang-undang kes", "undang-undang keputusan" atau "undang-undang duluan") yang diisu mahkamah (atau tribunal quasi-kehakiman dalam agensi) yang membincangkan dan membuat berbezaan diantara statut dan regulasi. Lihat undang-undang statut dan undang-undang bukan statut.
  • Common law sebagai berlawanan dengan undang-undang sivil: Satu lagi maksud bidang kuasa "common law" (kebanyakan berasal daripada sistem perundangan Inggeris) yang menekankan keputusan common law berbanding keputusan "undang-undang sivil", yang bersifat "kebenuaan Eropah" atau "kod", yang pula dipengaruhi undang-undang Roman yang berusia 2000 tahun lamanya. Undang-undang sivil ini dipelajari di universiti-universiti Eropah dan dipraktikkan oleh peguam-peguam sememjak kurun ke-12 di sana. Undang-undang jenis ini juga berhaluan kod seperti kod Napoleon Perancis atau BGB Jerman. Dalam bidang kuasa undang-undang sivil, duluan tidak mengikat dalam kes-kes masa depan.
  • Common law sebagai berlawanan dengan undang-undang equiti Maksud ketiga pula adalah perbezaan "common law" (ataupun hanya "undang-undang") dengan "equiti". Sehingga permulaan abad ke-20, kebanyakan bidang kuasa common law hanya mempunyai sistem mahkahmah selari, iaitu mahkamah "undang-undang" yang hanya boleh menganugerahkan ganti rugi berbentuk kewangan dan hanya mengiktiraf pemilik hartanah dan satu lagi mahkamah-mahkamah "equity" yang mengiktiraf pegangan tanah dan boleh mengeluarkan injunksi, iaitu arahan untuk melakukan atau berhenti melakukan sesuatu. Walaupun kedua-dua jenis mahkamah ini telah lama pun disatukan bidang kuasa mereka dan semua mahkamah diluaskan bidang kuasa mereka meliputi kesemua yang dinyatakan di atas, perbezaan diantara common law dan equiti masih penting dalam mengkatagorikan dan pengutamaan hak keatas hartanah, dan prinsip-prinsip yang diaplikasi kepada gran ganti rugi saksama oleh mahkamah-mahkamah. Di Malaysia seperti juga di England, jika terdapat konflik diantara kedua-dua cabang undang-undang ini, undang-undang ekuti akan mengatasi.

Terdapat banyak cabang undang-undang dikawal oleh common law. Sebagai contoh di England dan Wales, undang-undang mengenai kontrak dan tort tidak dijumpai di dalam statut, tetapi di dalam common law (meskipun di Malaysia, undang-undang kontrak dan satu cabang undang-undang tort, iaitu cabang saman fitnah, dikawal oleh statut bertulis iaitu Akta Kontrak 1950 dan Akta Fitnah). Di dalam hampir semua cabang undang-undang, statut hanya memberikan kenyataan ringkas mengenai prinsip-prinsip asas, tetapi simpadan dan definasi definatif wujud hanya di dalam common law. Untuk mengetahui apakah dia undang-undang berkenaan satu topik yang sebenarnya, seseorang hendaklah merujuk kepada keputusan duluan yang berkenaan dan menggunakan logik analogi untuk memahaminya.

Sebagai contoh, katakan ada satu statut yang mewajibkan semua rakyat satu negara untuk mengundi dalam pilihan raya. Statut itu pula mengatakan bahawa hanya "alasan yang munasabah" akan diterima bagi mereka yang gagal mengundi. Untuk mengetahui "alasan munasabah" tersebut, seseorang hendaklah merujuk kepada keputusan kes-kes berkenaan kegagalan mengundi dan alasan yang diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk mengetahui sama ada ia diterima oleh hakim atau tidak.